Sunday, November 20, 2016


PENGENALAN SUNGAI PETANI



Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.


Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.


Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia.

Sungai Petani (Jawi:سوڠاي ڤتني; singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar pentadbiran kini terbesar bersaing Alor Setar di negeriKedah Darul Aman (Mengambil alih kedudukan Alor Setar [selaku Ibu Negeri Kedah] tersebut pada 2010) [1]. Ia terletak di bahagian tengah negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Pusat bandar ini adalah terletak 370 km dari Kuala Lumpur dan terletak di tengah Alor Setar (kira-kira 50 km) dan Kuala Lumpur. Sungai Petani juga merupakan Pusat Bandar yang pembangunan pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut selain Kulim.
Kolej PTPL dan University AIMST adalah dibina di Pusat Bandar ini. Gambaran dinding juga telah siap dilukis di Semeling, Sungai Petani. 2 pasaraya TESCO juga telah ditemui di Sungai Petani. Sungai Petani juga terletak 100 km tepat sekali ke Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Sungai Petani Utara pun telah berlaku pada zaman ini akibat pendek jalannya. Hal ini demikian kerana bangunan di sini sudah pesat membangun.
Bandar Sungai Petani juga merupakan bandar yang istimewa bagi Malaysia. Hal ini kerana cuti hujung minggu di sini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad merupakan hari persekolahan seperti Johor kini.
Terdapat juga stesen keretapi di Sungai Petani. Jambatan landasan keretapi yang bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat di bandar Kedah ini di sungai, Sungai Petani di Jalan Besar, sebelah Central Square dan Ambank bukan seperti Nibong Tebal dan Sungai Bakap. Lagi satu kawasan seperti ini juga berada di Pinang Tunggal, juga dekat dengan Sungai Petani.
Sekolah rendah Sungai Petani dinamakan Sin Min A dan juga B seperti sekolah Bukit Mertajam. IPG dinamakan Sultan Kedah turut terletak di Sungai Petani ini.

No comments:

Post a Comment