Tuesday, November 22, 2016

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI SUNGAI PETANI

The Louvre Homestay, Bandar Perdana, Sungai Petani 

 

 

 

Bunga Raya Guesthouse Sungai Petani

                                              

Sunday, November 20, 2016

PETA SUNGAI PETANI KEDAH






PENGENALAN SUNGAI PETANI



Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.


Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.


Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah mengalahi Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya kedua utama di Malaysia.

Sungai Petani (Jawi:سوڠاي ڤتني; singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar pentadbiran kini terbesar bersaing Alor Setar di negeriKedah Darul Aman (Mengambil alih kedudukan Alor Setar [selaku Ibu Negeri Kedah] tersebut pada 2010) [1]. Ia terletak di bahagian tengah negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Pusat bandar ini adalah terletak 370 km dari Kuala Lumpur dan terletak di tengah Alor Setar (kira-kira 50 km) dan Kuala Lumpur. Sungai Petani juga merupakan Pusat Bandar yang pembangunan pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut selain Kulim.
Kolej PTPL dan University AIMST adalah dibina di Pusat Bandar ini. Gambaran dinding juga telah siap dilukis di Semeling, Sungai Petani. 2 pasaraya TESCO juga telah ditemui di Sungai Petani. Sungai Petani juga terletak 100 km tepat sekali ke Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Sungai Petani Utara pun telah berlaku pada zaman ini akibat pendek jalannya. Hal ini demikian kerana bangunan di sini sudah pesat membangun.
Bandar Sungai Petani juga merupakan bandar yang istimewa bagi Malaysia. Hal ini kerana cuti hujung minggu di sini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad merupakan hari persekolahan seperti Johor kini.
Terdapat juga stesen keretapi di Sungai Petani. Jambatan landasan keretapi yang bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat di bandar Kedah ini di sungai, Sungai Petani di Jalan Besar, sebelah Central Square dan Ambank bukan seperti Nibong Tebal dan Sungai Bakap. Lagi satu kawasan seperti ini juga berada di Pinang Tunggal, juga dekat dengan Sungai Petani.
Sekolah rendah Sungai Petani dinamakan Sin Min A dan juga B seperti sekolah Bukit Mertajam. IPG dinamakan Sultan Kedah turut terletak di Sungai Petani ini.

MAKANAN MENARIK SUNGAI PETANI


Dah lama sangat aku tak bawa korang jalan-jalan cari makan. Kali ni lokasi cari makan agak jauh bagi mereka yang berada di area tengah, selatan dan pantai timur. Kalau sapa dok sebelah utara sana takdelah jauh mana kot. Aku nak bawa korang cari makan dekat Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah. 

Walaupun aku orang Kedah, tetapi aku amatlah jahil tentang jalan-jalan di Kedah. Malang sekali! Aku hanya tau pi Alor Star ... masuk bandar Sungai Petani ... masuk pekan Jitra ... itu je aku tau. Lebih pada tu, sikit-sikit boleh la kot. Kalau korang tanya jalan kampung ka ... taman ka ... memang aku gagal sekali. Hasben aku yang bukan orang Kedah lagi terror jalan kat Kedah. Ish, buat malu je aku ni. Takpa, googlekan ado. Taktahu den googlelah nanti. Ye dok?

Aku nak story dekat korang yang hari tu, akhir Januari kami suami isteri balik Alor Star. Bila balik kampung hasben aku bukan reti dok diam kat rumah. Hari-hari ajak aku pi jenjalan. Aku suke je. Cuma jenjalan kat Kedah nie agak panas tau. Ada satu hari tu, ayah aku usulkan nak pi rumah adik kat Sungai Petani. Habaq kat hasben dia on je. Janji boleh jenjalan sukelah dia. Actually, bila balik Kedah hari tu, kami dah plan nak pi Pulau Sayak dekat Kuala Muda. Alang-alang ayah dah ajak pi Sungai Petani kira dah dekatlah nak pi Kuala Muda tu. 

Kami sampai Sungai Petani dah dekat 5 petang. Keluar awal ... tapi kesesakan lalulintas menyebabkan segalanya menjadi lambat. Duduk rumah adik sekejap, solat Asar dan makan bagai ... 6.30 barulah gerak dari rumah adik ke Pulau Sayak. Aku ingatkan nak ke Pulau Sayak nie macam dekatlah dengan Sungai Petani. Rupanya boleh tahan jauh jugak. Dekat 40 minit baru sampai ... dengan jalan kampungnya yang gelap dan bengkang bengkok .... jauhlah bebenor. Demi Pulau Sayak ... dan demi mee udang, kami gagahkan juga. Sampai pun dah malam lebih kurang 8.00pm. Mana nak nampak Pulau Sayaknya lagi. Kalau sampai area kul 5.00pm ke .... mesti best. Bolehlah kami amek gambar Pulau Sayak tu.


1) TAMAN TEMA AIR "THE CARNIVALL"
Sungai Petani 




SUNGAI Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.
Terletak di dalam Cinta Sayang Golf & Country Resort di Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman tema air di negeri Kedah yang dikenali sebagai "The Carnivall ". Korang boleh bayangkan keseronokan badan korang "disapu" ombak pasang surut dan terapung di dalam "sungai" sepanjang 300 meter. Siap boleh bersantai atas pelampung tiub yang korang boleh dapatkan secara percuma jer ..
Banyak lagi tempat dan aktiviti  menarik di situ seperti cabaran gelongsor turun dari menara 15 meter tinggi , melalui gelongsor air terbuka sepanjang 140 meter -berpusing dan beralih cerun sebelum sampai ke kolam bawah dan lain-lain lagi. haa pening hehehe.
Kat sini, tempat dia tak la seluas Sunway Lagoon dan Bukit Merah.Keluasannya kecil je.Jalan 15 minit dah abis pusing satu Carnival.'So', kalau bawak budak kecik, tak pening kepala la nak jaga.Kat sini ada padang paintball dan boleh sewa motorsikal 3 roda, jalan-jalan sekitar Carnival.Pastu ada gak kuda dan tempat loncat-loncat. Tu je la tarikan yang ada.Yang lain-lain tu sama je macam tempat lain.

Cuma air kolam dia nampak berkeladak dan agak kotor di bahagian dasar......sebab apa ha...
Cuma ada satu je kelebihan yang takde kat tempat lain.Setiap orang yang masuk akan disediakan makanan dan minuman secara percuma. Masa tu saya dapat sebungkus mee hun dan secawan air sprite.heheee... dah lapar belasah je... 

Tanjong Dawai adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Terletak kira-kira pada 30 km dari bandar Sungai Petani.

2) ◕‿◕ PANTAI MERDEKA ◕‿◕
Pantai Merdeka (Pantai Kemerdekaan) adalah salah satu pantai yang paling popular di Kedah. Terletak kira-kira 26 km dari Bandar Sungai Petani. Pelbagai aktiviti sukan air boleh didapati di sini seperti menunggang belayar, ski air , melayari, berkanu dan lain-lain.
Salah satu permandangan di sini. Kalau korang perasan la kan , tempat-tempat yang dinyatakan dalam lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka" tue semuanya kita boleh nampak dari sini . Contohnya Gunung Jerai , Tanjung Dawai dan lain-lain. 
Di pantai nie, terdapat sisa sejarah Perang Dunia ke-2 , kubu yang dibina pada tahun 1941 oleh British untuk melindungi penduduk daripada bom atau serangan lain daripada Jepun.

Bagi pengunjung yang hendak bermalam di sini, Merdeka Beach Resort adalah tempat yang terbaik untuk tinggal dengan selesa dengan kemudahan yang lengkap untuk dipilih seperti chalet , rumah rehat , tapak perkhemahan , kolam renang dan kedai makanan.
3)Tanjung Dawai 

   

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagiDaerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul AmanMalaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.
Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa.Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa.

Kegiatan ekonomi   

Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.



4) Muzium Arkeologi Lembah Bujang
 


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai BatuBukit Batu PahatMerbokKedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.
Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologiantropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama diAsia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". [1]
Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peruntukan kepada Jawatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membuat kajian lanjutan.[2]
5) Rekreasi Tupah


 Dari Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.